cofa Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 - APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 | APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI -->
Home » » Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Written By Roland Jb on Isnin, 25 Januari 2016 | Januari 25, 2016

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 ambilan Januari 2016


tips temuduga kerajaan pptm f29 2016


Selamat bertemu kembali dan terima kasih kepada penyokong blog ini dan juga kepada pengikut blog www.applyjobhere.blogspot.com. Kini pada bulan pertama 2016 kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang mengadakan ambilan untuk jawatan-jawatan tertentu seperti Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, Penolong Juruaudit Gred W27, Penolong Juruaudit Gred W27, Penolong Juruaudit Gred W27, Juruukur Bahan Gred J41, Pegawai Syariah Gred LS41 dan Jurutera (Mekanikal) Gred J41.

Apabila dipanggil untuk menghadiri temuduga tentunya pemohon akan berasa sangat teruja kerana pemohon sudah pun berada di separuh jalan untuk menjadi pekerja kerajaan. Ya, memang diakui memohon kerja dan seterusnya diambil bekerja dengan kerajaan ini amat sukar kerana saingan daripada semua calon di seluruh Malaysia amat sengit.

Kali ini admin nak kongsikan tips-tips yang kawan admin perolehi daripada pengalaman temuduga-temuduga yang lepas. Ok, sebelum ini admin perkenalkan kawan admin ini ialan Mr. A. Dia ni pemegang Diploma Sains Komputer dan berpengalaman dalam bidang IT hampir 10 tahun. Dia dah dipanggil temuduga dalam bidang Juruteknik Komputer gred FT17 dah 4 kali. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 3 kali tapi masih kecundang.

Daripada itu, pengalam kawan admin dalam Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 ambilan Januari 2016 menarik minat admin. Admin dapat lihat keluhan dia dalam Facebook. Jadi Admin cubalah berborak-borak dengan dia. Mujurlah dia ni seorang yang tak lokek ilmu. Dia kongsilah pengalam dia sebanyak 7 kali temuduga dengan kerajaa tu. Kali terahir dia dipanggil temuduga admin dah lupa pula tapi dia ada 'korek' sikit tips temuduga daripada panel penemuduga. Dia cakap dia sangat tenang dan langsung tidak ada rasa gugup sama sekali. Maklumlah dah 7 kali temuduga kerajaan. Mungkin rezeki belum sampai kata beliau.

Antara Tips-Tips yang dia kongsikan. Tips ini Lebih kepada Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 


Ini pengalaman kawan admin yang menghadiri temuduga PPTM F29 Januari 2016 yang lalu. Soalan dibawah merupakan soalan sebijik diajukan kepada beliau.


1. Bermula dengan mengetuk pintu (Pengiraan markah bermula disini)

Apabila calon hendak masuk pastikan ketuk pintu terlebih dahulu kerana pengiraan markah telah bermula disini.

2. Tutup pintu

Sila tutup pintu perlahan diikuti dengan ucapan selamat pagi/petang

3. Serahkan dokumen

Serahkan dokumen asal (kumpulkan semua salinan asal dalam satu file. Takpe ada pakcik-pakcik yang akan sorting file anda nanti sebelum masuk bilk temuduga) kepada PENGERUSI temuduga.

Diikuti dengan salinan potostat yang telah disahkan

4. Kalau penemuduga belum menyuruh anda duduk jangan duduk dulu. Tapi anda boleh minta izin untuk duduk setelah menyerahkan dokument kepada penemuduga.

5. Duduk dengan elok dan sopan.

Dia akan cakap entah apa entah sebelum memulakan temuduga. Tapi anda jawablah apa yang perlu dijawab dan apa yang perlu dikongsikan. Jangan biarkan dia berkata-kata sendirian.

6. Bermulalah soalah temuduga yang 'rasmi' 

- Sila perkenalkan diri anda (biasanya ditanya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris). Jawablah mengikut kehendak mereka.

7. Soalan khusus

Selepas memperkenalkan diri, biasanya soalan umum akan ditanya. (Berdasarkan pengalaman temuduga terakhir kawan Admin untuk PPTM F29 baru-baru ini)
- Mengapakah anda ingin bekerja dengan kerajaan
- Berapakah gaji anda sekarang? Sebab jika kerja kerajaan gaji tidak berapa besar
- Mengapa anda yang terbaik berbanding calon lain

8. Soalan Teknikal

Solan teknikal. Si penemuduga akan bertanyakan pengalaman anda terlebih dahulu dan apa tugas utaman anda untuk pengalaman anda yang terkini. Jika pengalaman anda berkaitan dengan  data center atau server atau juga sistem, solana mereka akan berkisar disitu.
-Sebagai contoh pengalaman Mr. A ini lebih kepada pengurusan melakukan kemaskini versi-versi terkini sistem, deployment, install patch-patch terbaru sistem menginstall sistem keselamatan dan sebagainya.

- Contoh soalan mereka ialah. Ini pengalaman Mr. A yang baru-baru ini.
a. Apakah IDS,
b. Apa beza ipv4 dan ipv6
c. Apa virtual machine dan virtual hosts
d. Apakah masalah pengurusan dari segi teknikal seperti sistem atau server yang anda dapat 'tengok' semasa pengalaman anda menjadi pentadbir sistem [UPDATED]

9. Soalan terakhir

Ada apa yang anda ingin tambah atau tanya. Disinilah kawan admin bertanyakan 1 soalan yang merupakan tips yang amat berguna.
- Contoh soalan Mr.A. Encik, kenapakah saya tidak pernah lulus temuduga walaupun dah 7 kali saya menghadiri temuduga kerajaan?

Jawapan dan tips yang penemuduga bagi kepada Mr. A
- Jadikan diri anda lebih baik daripada orang lain. 
- Tunjukkan kelebihan anda berbanding orang lain.
- Ini bergantung kepada anda - Cakaplah apa-apa yang anda hendak cakap

Itu jawapan yang mereka bagi. Huraiannya sangat panjang dan tak dapat admin nak taip semua. Walaubagaimanapun, admin akan sentiasa update artikel ini kalau admin ingat lagi.

Tips lain yang berguna berdasarkan pengalaman Mr.A

1. Jika anda dah ada kerja swasta. Pastikan anda pandai tipu sikit yang mengatakan anda pekerja kontrak dan kontrak anda akan tamat hujung tahun.. bla...bla....TETAPI pastikan semuanya matched dengan resume anda dan semua maklumat anda semasa anda mengisi borang online SPA ye.

Ingat, kerja kerajaan ini tak memerlukan pengalaman yang kuat, ianya lebih kepada membantu mereka yang belum bekerja. Tetapi soalan kena jawab bagus-bagus.

2. Pastikan anda letakkan ramai tanggungan termasuk pinjaman pelajaran anda. TETAPI pastikan semuanya matched dengan resume anda dan semua maklumat anda semasa anda mengisi borang online SPA.

3. Sentiasa pakai tali leher

4. Seluar hitam

5. Baju putih.

6. Kasut hitam

Jangan biarkan anda gagal, laburlah untuk sesuatu yang sangat bernilai sepanjang hidup anda.

 NAH... KAMI 'BOGELKAN' "RAHSIA SULIT" BAGAIMANA ORANG LAIN BOLEH BERJAYA BERBANDING ANDA.


Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Harap anda selalu mengikuti www.applyjobhere.blogspot.com untuk tips-tips yang seterusnya. Admin dh lupa tips yang lain.. :)
Share this article :

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERMOHONAN TELAH DIPROSES

Powered by Jasper Roberts - Blog

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Anda memiliki PMR, SPM, STPM, Degree dan sebagainya, kami merupakan portal jawatan kosong mengemaskini pelbagai jawatan kosong setiap jam.

Dikuasakan oleh Blogger.

Kemaskini Jawatan Terbaru

 
Support : ApplyJobHere | Facebook | Telegram
Copyright © 2013. APPLYJOBHERE-GERBANG KERJAYA TERKINI - All Rights Reserved
Responsive by Therjab Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger